Home

Oct 31, 2010

Pkom vs Forgiveness

Hari yang paling gentar akan tiba.
Tiba utk menentukan masa depan setiap
pelajar PKOM FAMILIA!

Kami selaku pelajar 5PKOM tulus dan
ikhlas dari hati ingin memohon seribu satu
pengampunan kepada guru-guru kami
yang tidak berhenti mengajar walaupun kami
telah menyakitkan hati guru-guru kami.

Maafkan kami wahai guru yang telah
mencurahkan seribu satu ilmu untuk
kami!. Guru, jasamu sungguh indah
ibarat cahaya matahari dipagi yang
hening. Semangat sukarku untuk ku
mencari ganti. Membara dihatimu berkobar-
kobar mengajar kami.

Kenangkan kami dalam setiap doa mu
agar kami dapat menduduki SPM dengan
tenang dan aman. Kami akan buat yang terbaik
untuk mu guru. Kami mencuba capai bintang
yang bersinar di langit bertemankan bulan purnama.

Akhir kata, kami akan mendoakan guru-guru
agar dikuatkan semangat untuk terus menabur
bakti kepada generasi yang seterusnya. Jangan
pernah rasa menyesal mendidik, mengajar kami.
WE LOVE YOU TEACHERS! XOXO!

alif, baa dan taaa,
satu dua dan tiga
sanggup berkorban apa sahaja
untuk kami, PKOM FAMILIA.

kelas riang gelak tertawa,
kau ajar kami mengira dan membaca,
terima kasih atas semuanya,
harap dibalas dengan pahala.

1 comment:

  1. datang jenguk blog budak pkom
    now pkom vs zetchixy yer?
    hehhh

    ReplyDelete